Wednesday, October 18, 2006

 

Aneka Hidangan Kek Raya Lazat dan Menyelerakan

Aneka Hidangan Kek Hari Raya untuk anda cuba sempena hari raya ini!
Bermacam aneka resepi kek dan banyak lagi....
Kek Cappucino, Kek Keju, Kek Pandan Lapis, Kek Lobak Merah dan banyak lagi....



Kek Cappucino


Bahan :

150 gm krim

putar

150 gm gula kastor

50 gm serbuk kopi }dibancuh

Sedikit air suam }

20 gm gelatin halal – dicairkan

5 biji putih telur5 biji kuning telur


Cara:

1. Putar putih telur dan 50 gm gula hingga pekat. Ketepikan.

2. Kuning telur diputar dengan baki gula hingga kembang.

3. Campurkan adunan ini dengan krim putar serta bancuhan serbuk kopi.

4. Masukkan gelatin ke dalam adunan putih telur. Kacau hingga rata.

5. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Simpan dalam peti sejuk hingga beku.





Kek Keju



bhn:

500gm krim keju

200 ml susu cair100gm gula aising

50 gm tepung berserbuk penaik

20 ml susu segar3 biji telur kuning

3 biji telur putih }jadikan

10 gm guka kastor }meriqueKek Span



Cara:

1. Putar krim keju dengan gula aising hingga gebu

2. Putar kuning telur, tepung gandum dan susu segar selama 2 minit. Masukkan krim keju(1). Kacau hingga adunan sebati.

3. Masukkan merique dan putar lagi hingga rata

4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilapis dengan kek span.Bakar dalam ketuhar selama 1 jam. Sejukkan sebelum dihias.







Kek Pandan Lapis



Bahan kek:

110 gm gula kastor

110 gm tepung berserbuk penaik

110 ml santan

100 gm tepung gandum

50 ml air daun pandan

4 biji telur – dipukul

4 biji kuning telur

2 sudu besar marjerin

½ sudu kecil krim tartar

½ sudu kecil baking powderBahan kaya pandan:

125 gm gula kastor

50 ml santan

50 ml air daun pandan

3 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar agar-agar

½ sudu kecil pewarna hijau(Satukan semua bahan dan masak hingga pekat.



Cara:

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah selsius. Lenserkan acuan kek dengan marjerin.

1. Pukul gula kastor dan kuning telur hingga kembang.

2. Masukkan tepung jagung, tepung berserbuk penaik, krim tartar dan baking powder.

3. Gaulkan hingga adunan rata.

4. Tuangkan santan, air daun pandan dan putih telur. Adun hingga sebati.

5. Masukkan marjerin, pewarna hijau dan gaul rata.

6. Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit. Sejukkan kek ini.

7. Potong kek kepada 3 lapisan. Sapukan setiap bahagian dengan kaya pandan dan lapiskannya.

8. Sapukan lebihan kaya pamdam di permukaan kek. Simpan dalam peti sejuk.







Kek Lobak Merah



Bahan:

300 gm lobak merah – dikisar

1 cawan gula kastor

1 cawan gula perang

1 cawan minyak sayuran

1 cawan keju Ricotta

3 biji telur

2 cawan tepung berserbuk penaik

2 sudu besar baking powder

2 sudu besar soda bikarbonat

1 sudu kecil garam

2 sudu kecil serbuk badam

½ cawan kismis



Cara:

Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius. Lenserkan acuan kek dengan marjerin.

1. Putar gula perang, gula kastor, susu dan keju hingga sebati.

2. Masukkan telur dan putar hingga larut.

3. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam.

4. Masukkan kismis.Tuangkan adunan dalam acuan. Bakar hingga masak.

sElaMat meNcuBa!!
..53>

Sunday, October 15, 2006

 

BISKUT RAYA ISTIMEWA DAN RESEPI-RESEPI KUEH, KEK DAN MASAKAN HARI RAYA

PELBAGAI RESEPI KUEH, KEK DAN MASAKAN YANG LAZAT DAN BERKHASIAT.
RESEPI UNTUK HARI RAYA YANG TERBARU DAN MENARIK!
LAWATI LAMAN INI UNTUK MENDAPATKAN RESEPI RESEPI YANG TERKINI DAN POPULAR

resepi dari, resepi karipap, resepi agar-agar, resepi kek lapis sarawak, ... cake, resepi nasi lemak, resepi biskut dan kek, resepi masakan barat, resepi ...
biskut kueh raya. ... Our most popular Biskut Resources: Resepi Aneka Kueh Raya. ... Resepi Kek dan Biskut Masakan alaf21 food - resipi biskut. - RESEPI KUEH RAYA
Resepi Pelbagai Hidangan. Resipi Kek, Pastri, Puding, Biskut & lain-lain ... Kueh Mueh Veteran DALnet. Resipi Masakan Telatah.com. Resepi Kuih Muih, Biskut ...
RESEPI TERBAIK dan TERISTIMEWA untuk para para ibu iaitu BISKUT RAYA KACANG KRUFFLES CHEEFF. ... RESEPI TERBAIK CHEEFF YANG MASYUR ini iaitu KEK DURIAN
Raya dan Puasa, Info Makanan, Anika dan kueh Resepi Chef Niejam - Resepi Kek dan ... Biskut Dan Kek Resepi. Resepi Biskut Hari Raya: Biskut Kueh Melayu Resepi
Mail Food Koleksi Resepi Biskut Bubur Kek Kuih Raya Kuih-Muih Makanan Ringan ... Mesra.net - Menu hidangan Istimewa Resepi Mesra.net - Resepi biskut dan kueh
Koleksi Aneka kek, Galeri Resepi, Anika Sajian Kuih Tempe, Biskut Arab, Mazola, ... Resepi Kueh Badak Resepi Kek dan Biskut Menu Hidangan Keluarga

Biskut Almond London
Bahan-Bahan:
230 gm tepung red rose1 biji telur (diambil kuningnya)½ sudu teh esen vanila1 kotak cooking chocolate 125 gm mentega60 gm gula icing1 paket badam (dipanggang / dibakar)sedikit badam yang dikisar halus.
Cara:
Mentega & gula dipukul separa kembang. Pukul mentega dan gula hingga separa kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian kacau. Akhir sekali masukkan tepung red rose tadi sehingga boleh diuli. Salutkan badam tadi dengan adunan sebiji-biji dan bakar pada suhu 180C selama 12 minit. Setelah sejuk, masakkan coklat dan celupkan badam yang disalut tadi. Kemudian masukkan ke dalam paper cups. Tabur sedikit badam halus sebagai hiasan.


Biskut Arab
Bahan-Bahan:
500 gm tepung gandum250 gm gula halus 250 gm minyak sapi
Cara:
Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.
Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.
Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.
Kemudian digolekkan di atas gula halus.


Biskut Badam Chocolate Chips
Bahan-Bahan:
130 gm mentega65 gm perang100 gm tepung jagung70 gm tepung sagu 80 gm tepung gandum1 biji kuning telur100 gm badam50 gm chocolate chip
Cara:
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
Masukkan tepung, badam dan chocolate chip dan uli hingga menjadi doh.
Terap dan sapu kuning telur dan hias dengan badam.
Bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 20 minit.


Biskut Coklat
Bahan-bahan:
1) Satu cawan Milo2) Susu pekat3) Biskut biasa (Jacobs)
Cara-cara:
1) Hancurkan biskut-biskut tu sehancur-hancurnya. (Bukanlah hancur sangat). Hancurkan dalam pinggan.
2) Letak satu cawan Milo. (Suka hati nak letak banyak mana...). Lepas tu gaulkan bersama biskut-biskut yang dah hancur tadi.
3) Bubuh susu pekat. Gaulkan.....lepas tu bentukkan bagi 'flat'...atas pinggan tu.
4) Masukkan dalam peti ais sampai keras/beku.
5) Bila dah beku. Potong dan makan


Biskut Coklat Berempah
Bahan-Bahan:
1 ½ cawan mentega tanpa garam 1 ¾ cawan gula halus2 biji telur dipukul sedikit3 cawan tepung serba guna - diayak bersama 1 ½ cawan serbuk koko - diayak bersama¼ camca teh garam1/3 camca teh serbuk lada hitam1 cawan teh serbuk kayu manis
Cara:
Pukul mentega bersama gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan bahan-bahan diayak bersama. Gaul sebati. Jika adunan terlalu lembik, tambah suku cawan tepung lagi. Gaul rata. Bungkus adunan dan simpan beberapa jam di dalam peti sejuk. Canai adunan dan bentukkannya mengikut suka. Bakar hingga kuning.


Biskut Mazola (II)
Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum1 cawan gula halus1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dimesin halus) 1 biji kuning telur½ botol kecil minyak mazola
Cara:
Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula. Masukkan minyak sedikit sedikit sambil digaulkan hingga rata. Setelah itu bentukkan bulat bulat leper. Sapukan dengan kuning telur atasnya dan bakarlah hingga masak.


BISKUT CORNFLAKE
Bahannya :
2 cawan tepung gandum. 1/2 cawan tepung ubi. 3/4 cawan gula halus 1 biji telur ayam 1 cawan cornflake ramaskan 1/4 cawan mentega 1 camca teh vanila sedikit cornflake untuk hiasan
Caranya:
Satu semua bahan2 kerin diayak tiga kali kecuali cornflake. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan vanila, adun sehingga sebati Masukkan cornflake yang diramas tadi dan juga bahan2 kering yang lain. Kacau hingga bergaul rata. Bulat2 kan dan letakkan di atas loyang yang berlenser. Hiaskan dengan dua tiga keping cornflake.


Biskut Honey Almond
Bahan-Bahan:
250 g mentega 4-5 camca besar Madu lebah Biji Badam, Dipangang Badam Hancur (dipangang) Coklat masak 5-6 camca besar susu tepung Tepung gandum secukupnya Cawan kertas kecil Cara:
1.Mentega dan madu diputar sehingga kembang.
2.Setelah kembang, masukkan sedikit-sedikit susu tepung dan gaulkan (balikkan dgn senduk)
3.Masukan dan gaulkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk dan tidak melekit. Jangan terlalu keras.
4.Biji badam dimasukan ditengah doh yang dibentuk bujur seperti bola ragbi. Letakan didalam cawan kertas yang kecil.
5. Setelah semua adunan habis dibentuk, bakar dalam suhu 180-200 darjah celcius
6. Sejukan biskut. Cairkan coklat masakan secara double boiling.
7.Tuang coklat di atas biskut tadi, dan tabur badam hancur. Sejukan


Biskut Walnut
BHN-BHN:
250gm tpg gandum250gm tpg campuran kek175gm mentega150gm gula aising150gm gula halus75gm serbuk badam75gm serbuk walnut1 biji telur (amek kuningnya aje)kacang walnut (utk hiasan)
CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan semua jenis tepung, serbuk badam dan kacang walnut serta gaul hingga sebati.
3. Simpan adunan di dlm peti sejuk selama 25 minit. Canaikan adunan dan bentuklah mengikut citarasa anda.
4. Sapukan dgn kuning telur dan hiaskan dgn kacang walnut.
5. Bakar apda suhu 180 darjah celcius. Hiaskan dgn gula aising apabila biskut sudah sejuk.


Browni Coklat Walnut
Bahan-Bahan:
250 gm mentega tanpa garam350 gm coklat tawar, dicincang halus2 biji telur, dipukul1 cawan gula halus1 camca teh esen vanila ½ cawan tepung serba guna¼ camca teh garam½ cawan walnut, dicincang halusSedikit gula aising, untuk ditabur
Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lengserkan acuan kek dengan sedikit mentega dan alaskan kertas minyak. Cairkan mentega bersama coklat menggunakan api sederhana. Angkat dan sejukkan. Masukkan telur, gula dan esen vanila. Kacau sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, garam dan walnut. Kacau rata. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar 25 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Taburkan gula aising di atasnya.

Brownies Berbadam
Bahan-Bahan:
150 g marjerin2 camca koko150 g gula kastor 2 biji telur50 g badam cincang50 g tepung berserbuk penaik
Cara:
Marjerin dipukul bersama gula hingga kembang. Masukkan tepung dan badam, dikacau hingga rata. Tuangkan campuran koko. Lenserkan tin kek empat persegi dan tuangkan adunan brownies. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong kepada kepingan empat persegi kecil.


Bebola Coklat Bergajus
Bahan-Bahan:
Span Mentega Coklat : 325gm tepung naik sendiri 75 gm serbuk koko (ayak bersama kedua bahan ini 3 kali) 13 biji telur ½ sd teh baking powder 120 gm coklat masakan - dicairkan - double boiler 3 sd besar Quick 75 100 gm gula perang 100 gm gula icing - ayak 200 gm gula caster 1 sd makan susu cair 1 sd besar chocolate emulco/paste 2 sd teh esen butter-vanilla
400 gm mentega - dipukul hingga kembang
Bahan Coating :
(dimasak dgn double boiler hingga pekat - sentiasa dikacau dgn whisk) 750 gm coklat masakan 50 gm gula icing ½ cawan susu pekat 75 gm mentega
200 gm gajus - dipanggang suhu 140C hingga kuning dan kisar halus 100 gm mentega - dicairkan 100 gm gula icing
cawan keras besar secukupnya taburan gula icing chocolate rice secukupnya ceri merah dan hijau hirisan badam bakar
Cara:
Pukul telur bersama gula perang, gula icing, gula caster dan Quick 75 hingga kembang dan pekat, masukkan tepung dan baking powder dan pukul sebati masukkan susu cair, pukul hingga naik kelajuan tinggi 10 minit, masukkan esen mentega, chocolate emulco dan pukul lagi kemudian masukkan cairan coklat yang telah suam. Pukul hingga coklat larut baru masukkan mentega pukul sedikit2 hingga habis. Pukul sebati dan tuang dalam tin 10 X 10 berlasa kertas gris dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan 20 minit suhu 160C. selama sejam. Sejukkan kek dan tutup dgn kertas foil biarkan semalaman.
Peroikan kek menggunakan hujung jari yang kering, masukkan mentega cair, gajus kisar dan gula, gaul hingga boleh dikepalkan sebesar bola golf.
Golekkan kepalan kek kedalam coklat cair dan golek pula diatas chocolate rice. Hias dengan badam bakar dan ceri. Taburkan gula icing.
Hidangkan atau boleh disejukkan dalam peti sejuk. Cadangan Hidangan: Selain dari coating chocolate rice, ia juga boleh digolekkan atas badam bakar atau kelapa parut kering yang telah dipanggang kuning. Juga boleh dihias sedikit dengan krim dan bentukkan seperti buah manggis dan sebagainya mengikut citarasa.

Thursday, October 12, 2006

 

MEMBEKAL SEGALA PERALATAN PEJABAT, OUTDOOR EQUIPMENT, CAMPING EQUIPMENT, 4X4 CLUB PAHANG

MEMILIKI LESEN KEWANGAN YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF).

MENJUAL DAN MEMBEKAL SEGALA PERALATAN-PERALATAN DAN KELENGKAPAN YANG DI PERLUKAN OLEH ANDA.

DAN BANYAK LAGI YANG MUNGKIN ANDA INGINI....

HUBUNGI

PUAN ZURAINI 012-3317140



This page is powered by Blogger. Isn't yours?